Minggu, 17 Mei 2009

IKAN PONTIANAK?Seram ooo.....


Berita Harian Online

Ikan 'pontianak' ancam Tasik Besar

Oleh Shamsiah Sanin
bhnews@bharian.com.my

Haiwan bermulut bulat dan gigi tajam hisap darah hidupan asal di perairan Amerika

NAMA Tasik Besar Amerika Utara sememangnya tidak asing bagi kita. Namun, secara diam-diam Tasik Besar yang luas ini berdepan kemusnahan teruk akibat kehadiran spesies makhluk perosak yang kecil, dikenali sebagai ikan lamprey atau ikan 'pontianak.'

Ikan menyamai belut, mempunyai mulut bulat dan bergigi tajam ini pula bukannya penghuni asal, sebaliknya berhijrah secara tidak sengaja dari Lautan Atlantik pada abad ke-19.

Caranya memusnahkan spesies lain juga menyeramkan - giginya yang tajam digunakan bagi ‘melekatkan’ dirinya pada ikan lain sebelum mengorek isi dan menghisap darah serta cecair pada mangsanya itu.

Ini menyebabkan ikan itu dalam tempoh beberapa minit akibat kehilangan darah selain jangkitan kuman.

Ancaman dibawa ikan lamprey ini pula bukan kecil sebaliknya menyebabkan kemusnahan yang besar kepada habitat asal di kawasan berkenaan.

Setiap tahun agensi yang bertanggungjawab mengawal pembiakan ikan Lamprey terpaksa membelanjakan lebih AS$20 juta (RM70juta) untuk melaksanakan pelbagai kaedah mengurangkan pembiakannya termasuk menggunakan arus elektrik, pelepasan ikan lamprey jantan mandul dan semburan racun khas.

Pada era 1930 hingga 1940-an kehadiran ikan lamprey secara tidak terkawal mengakibatkan industri perikanan air tawar di Tasik Besar terjejas teruk berikutan kemusnahan ikan asal termasuk ikan tamban air tawar, trout dan ikan putih.

Kepupusan ikan asal Tasik Besar menyebabkan satu lagi spesies ikan tamban dikenali alewife membiak terlalu banyak dan memburukkan lagi kemusnahan ekologi di tasik berkenaan. Ikan ini juga dipercayai menjadi punca utama jumlah beberapa ikan lain terjejas berikutan kandungan bahan kimia thiamine di dalam isinya menyebabkan ikan lain yang memakannya menjadi mandul.

Berikutan itu, ahli sains dan penyelidik tidak jemu menjalankan kajian bagi mencari kaedah terbaik mengawal dan seterusnya menghapuskan ikan lamprey.

Terbaru, penyelidik Amerika berjaya menghasil dan melepaskan sejenis hormon seks tiruan ikan lamprey jantan bagi menarik ikan betina berenang ke hulu sungai dan diperangkap. Kejayaan itu dilaporkan dalam sidang Akademi Sains Kebangsaan baru-baru ini.

Langkah menggunakan hormon tiruan ini dipercayai kali pertama dilaksanakan dalam usaha mengawal haiwan perosak selain serangga.

"Kajian mengenai penggunaan hormon haiwan sedang dilakukan dengan meluas, malah kajian terhadap manusia turut dibuat," kata ketua penyelidik dari Universiti Michigan State di East Lansing, Amerika, Profesor Weiming Li.

Bagaimanapun kata beliau kebanyakan penyelidik menganggap, oleh kerana ciri ikan ini yang kompleks, tabiat mereka juga sukar ditentukan hanya dengan kajian ke atas satu hormon.

Kumpulan penyelidik Profesor Li baru-baru ini melepaskan hormon tiruan lamprey jantan di sebuah anak sungai yang menjadi tempat lamprey membiak.

Lamprey betina yang terbau hormon itu mula berenang ke hulu sungai sehingga bertemu sumbernya dan sebilangannya berjaya diperangkap untuk dimusnahkan.

Pusingan hidup semula jadi ikan lamprey bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasa di laut apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga menyebabkan ikan itu mati.

Ikan lamprey betina dan jantan yang kekenyangan akan mencari hulu sungai yang sesuai untuk bertelur dan mati.

Berbeza dengan salmon yang mencari anak sungai asal pembiakannya, lamprey boleh membiak di mana-mana sungai.

“Hormon tiruan ini mungkin boleh digunakan untuk menarik lamprey ke kawasan sungai yang tidak sesuai untuk pembiakan.”

Di habitat asal lamprey di Lautan Atlantik, bilangan haiwan ini dikawal pemangsa semula jadi tetapi di Great Lakes ia tidak mempunyai pemangsa.

Lamprey laut pertama kali muncul pada tahun 1800, selepas pembinaan Terusan Erie yang mengubungkan tasik itu dengan New York selesai.

Lamprey mula membiak dengan tidak terkawal apabila satu lagi terusan yang dibina menyediakan ‘pintu masuk’ kepadanya ke bahagian hujung tasik dan ini menjadi permulaan kemusnahan besar-besaran ikan asal di Great Lakes.

"Apa yang terjadi adalah perkara paling buruk pernah berlaku dalam sejarah penempatan orang Eropah di wilayah ini," kata Dr Marc Gaden dari Suruhanjaya Perikanan Great Laakes (GLFC) badan yang bertanggungjawab menangani maslaah lamprey.

Beliau berkata sebelum 1930-an penduduk bergantung kepada ikan asal seperti trout sebagai punca pendapatan, tetapi menjelang 1940-an lamprey menghuni beribu-ribu anak sungai dan menjejaskan dengan teruk industri menangkap ikan di Great Lakes.

Kebanyakan ikan boleh hidup sama ada di air tawar atau air masin saja, atau seperti ikan salmon berhijrah dari lautan ke sungai, tetapi lamprey mampu membiak ketika ia bergerak dari Atlantik ke kawasan air tawar Tasik Besar.

Setiap seekor ikan lamprey boleh memusnahkan sehingga 20 kilogram ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit'

"Kami amat teruja dengan penghasilan hormon tiruan ini kerana bagi kami ia satu lagi kaedah menangani masalah ikan lamprey. Ia mungkin boleh digunakan untuk memanipulasi tabiat mereka dan memusnahkannya," katanya.

Profesor Li dan pasukannya kini merancang eksperimen lebih besar iaitu menggunakan hormon untuk memerangkap lamprey betina di 20 anak sungai. Ujian ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

INFO: Lamprey laut

  • Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus

  • Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada

  • Hanya wujud di kawasan Tasik Besar

  • Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan

  • Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah

  • Menjadi ikan parasit apabila dewasa

  • Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak

  • Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey

  • Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.
  • Selasa, 05 Mei 2009

    TRIP KARANG EMAS

    Kembung yg menjadi mangsa apollo..tapi kecik2..tekong cakap kalau nak tangkap untuk wat lauk kena tunggu lagi 3-4 minggu..


    Alu-alu & tenggiri memang banyak..masa lepak kat unjam layan caru habis perambut asik putus dikerjakan mereka berdua nie..
    Pari yg berjaya dipancing dimalam hari..(oleh member aku)..di kala aku sedang nyenyak beradu..hehe...

    27&28 april lepas aku buat trip mancing..Trip kali ni aku sebenarnya tak tau nak mancing area mana..Mula2 nak ajak member2 ke pulau pemanggil tapi macam dah selalu plak ke sana..Last2 aku cakap kat tekong "Abg bawak jek lah kitorang mana2"..Tekong Jo sedili tu sepontan jawab "Kita mancing ketarap area desaru"..Ok gak tue..ish..malas pulak rasa nak citer panjang2..sebab..misi gagal... :(

    Selasa, 24 Februari 2009

    BERSANTAI DI KELONG PONTIAN









    Nie antara koleksi gambar yg sempat aku rakam masa mancing kat kelong pontian kelmarin..Walaupun harini internet aku slow giler tapi aku upload jugak dengan penuh kesabaran demi pengikut2 Blog Pancing..

    Rabu, 18 Februari 2009

    RANKING BLOG PANCING DAH JATUH...

    Huhu..Nampaknya ranking blog pancing nie dah merudum..Ini lah balasan buat org yg malas update blog..Nampak gaya nya aku kena lebih kerap mengadap laptop utk dapatkan semula rangking kat page utama..Sebenarnya aku terlalu sibuk dgn keje..Bila offday aku ngan geng2 pancing aku sibuk plak dgn aktiviti senaman..Hehe mancing pun satu senaman yg boleh menyihatkan badan beb..Nanti aku post gambar2 mancing terkini kat blog nie..Tungguuuu.......

    Rabu, 28 Januari 2009

    KELONG PONTIAN



    Minggu lepas team mancing aku berkunjung ke Kelong Pontian.Sebenarnya aku dah lama sangat tak memancing sejak wife aku start pregnant..Sekarang bini aku dah abis pantang..
    Boleh la aku kembali 'mengganas'...hehe :)

    Minggu, 18 Januari 2009

    BANTULAH SAUDARA KITA DI PALESTIN

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Images/ads/gaza.gifRasanya masih belum terlambat untuk aku postkan artikel pasal palestin&israel laknat dalam blogpancing nie..Harapan aku agar setiap orang bukan sekadar melihat berita tentang kekejaman israel sambil menggeleng2 kepala,ataupun hanya menitiskan air mata melihat visual deretan kanak2 yang syahid dibom oleh 'tentera dajal' tersebut..Kita mesti segera bertindak..Zahirkanlah rasa simpati kita dengan menghulurkan sedikit derma pada tabung2 bantuan yang sah..Munkin kita boleh gunakan bajet memancing bulan ini untuk dihulurkan kepada saudara kita yang sedang dalam kesengsaraan dan amat mengharapkan bantuan kita sekarang ini..Dan-Tunjukkan kebencian kita pada si israel keparat dengan memboikot apa jua produk mereka dan sekutu mereka..Andai kita satu dunia bersatu memboikot mereka aku yakin mereka akan tunduk juga pada tekanan..Tetapi jika kita menunjukkan kemarahan dengan hanya memaki hamun,membakar bendera,pasti israel keparat itu akan hanya tersenyum dan berterusan mengganas..So bertindaklah&banyak2 berdoa agar saudara kita di sana segera beroleh keamanan...Amiin..http://kalamkalbu.files.wordpress.com/2008/02/boikot.jpg

    Rabu, 07 Januari 2009

    TOMAN vs TALAPIA

    Seronok juga layan anak2 toman..masa tu aku turun mancing dgn niat nak bertarung dgn patin tapi bila aku tengok banyak toman cilik galak menyergah anak2 ikan,terus aku berubah fikiran..aku pun pancing 2,3 ekor anak seluang dan terus menjemput anak2 toman tersebut menjamah hidangan yang aku sediakan..Fuh!memang gelojoh betul.sekejap jek aku dah dapat 2 ekor toman..umpan pulak abis..hehe nasib baik aku ajak 2 org adik aku mancing..terus aku arahkan askar2 aku tu gali cacing&pancing anak seluang untuk aku..Eh,dah dekat 10minit umpan yg aku oder tak sampai2..Dgn marahnye aku pergi survey kat pot diorang pancing anak seluang aku..Cis,patut la umpan yang aku oder tak dapat2 rupanya diorang tgh syok melayan bapak2 talapia..menyirap betul aku..kalau ya pun jerit la panggil aku ajak join sama..hehe terus hilang stim nak pancing toman..Layan talapia size 'big show' lagi syok ooo.......

    SUNGAI TELOR

    Ini lah sungai yg mengenalkan aku kepada dunia pancing..Dulu sungai ni tempat arwah atok aku mencari rezeki sebagai nelayan sungai..Mmm kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?Aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu masa aku mula belajar memancing,walau pun aku cuma guna joran pelepah rotan jek tapi setakat nak carik lauk tu sekejap jek..memang sungai ni dulu kaya dgn bermacam spesis air tawar..kalau setakat baung&udang galah tu memang tak abis makan lah..bapak2 tapah pn banyak..tapi masa mengubah segalanya..sedikit sebanyak sungai ini turut terjejas dgn arus kemajuan..walau bagaimanapun setiap kali aku pulang ke kampung,aku pasti akan berkunjung kesungai ini..memancing sambil mengimbau kenangan2 silam..huhu sentimental la pulak..

    ANACONDA

    Banjir besar telah menenggelamkan kota tinggi pada 2007..Lepas air banjir mula surut,aku ajak adik aku pasang jaring kat anak sungai..Biasanya lepas banjir ikan banyak 'melepak' kat anak2 sungai..Silap2 ikan besor pun ada terperangkap kat situ..Perghh!!memang tepat dugaan aku..baru sekejap jaring siap direntang dah bergegar..Sah!kalau tak toman misti bapak baung..Dengan semangatnya adik aku terus terjun,takut ikan terlepas katanya..Tapi tak lama lepas tu dengan semangatnya jugak dia melompat ke tebing dgn muka pucat lesi.."Ada ular" ucap beliau dgn nada cemas..hahaha..kalau aku kat tempat dia pun mesti kering darah dibuatnya..Terperanjat beb!..Sejak tu aku jadi macam fobia setiap kali nak turun check jaring..Takut ANACONDA muncul kembali...

    BIAWAK YANG HAMPEH...


    Haa tu dia..kalau korang mancing pakai umpan anak2 ikan atau pun usus ayam jaga2 lah..Sekali dia enjut mau terbang joran bro..Nak naikkan dia pulak tu bukannya senang,mau buasir dibuatnya..Kalau dah berpeluh2 melayan pastu nampak kelibat dia yang muncul elok putuskan jek lah tali..Lagi satu kalau dh nampak dia main2 kat lubuk kita mancing walau kat atas tebing sekalipun,gulung jek lah pancing carik pot lain..mmg hampeh menatang biawak nih...oops!mancing,mulut misti jaga aaa..

    Selasa, 06 Januari 2009

    TOMAN SUNGAI TELOR

    Kat sungai ni memang banyak bebenor spesis toman..Ikan2 ni pulak tak cerewet sangat dalam soal pemakanan..Aku pernah try pancing guna umpan anak keli,hati ayam,belut potong,usus ayam pun dia baham..Tapi paling dia rakus kalau gunakan umpan anak2 ikan yg ada kat tepi2 sungai tu jugak..

    LUBUK RAHSIA


    Ini adalah lubuk rahsia aku..Lubuk ni tak pernah menghampakan aku..Dah macam2 spesis sungai aku dapat kat sini-baung,toman,udang galah,tapah,belida,patin,huh macam2 lagi lah...Tapi kalau tak cukup ilmu di dada jgn berani2 cuba memancing kat sini sebab lubuk ni memang 'keras'..-hehe nie taktik pemancing taknak bagi org lain kacau lubuk dia.. ;)

    KEINDAHAN ALAM

    Kenapa Anda Suka Memancing?
    Ni apa punya soalan da...Tp kalau korang tanya member2 kaki pancing pasti jawapan diorang berbeza2..
    Ada org mancing untuk carik makan,ada yg suka mancing sbb gian dgn cabaran berentap dgn ikan,ada pulak yg suka pergi memancing sbb nak melatih diri jadi seorang yg penyabar :),hai...memacam lagil lah sebab musababnya..
    Bagi aku pulak selain dari sebab2 tersebut,aku suka pargi memancing sebab sambil memancing aku dapat melihat keindahan alam ciptaan&tanda kebesaran ALLAH SWT...Boleh hilang tension beb..Tenang jek rasa bila mancing kat tempat2 macam dlm gambar ni..Gambar 'betul' ni bro,real punya bukan lukisan&takde ape2 modifikasi..